DOAKAN SAYA...



Assalamualaikum wbt…
Bismillahirrahmanirrahim…Sedar tak sedar hari ini dah hari Rabu, 20 March 2013. Cepatnya masa berlalu. Masih terasa hari terakhir exam SPM hari itu. Melepaskan rasa lega, terasa kepuasan hati lepas exam Biologi paper3 hari itu. Even rasa sedih sebab sedar hari itu kali terakhir aku bersekolah. Rasanya seperti baru semalam. Tiba-tiba hari esok keputusan diumumkan. Rasa nak bunuh diri minum susu berbotol-botol. Eeyuk ! ><
Hanya Allah SWT yang tahu apa perasaan aku ketika ini, fikiran aku iaitu macam mana nak melepaskan diri daripada mengambil result itu, dan keadaan perut aku yang dari tadi menjerit-menjerit minta makanan. Ya, perut aku sangat annoying dari tadi & ianya bikin gua panas saja. Just so you know, sejak habisnya exam last paper tu, aku rasa macam tak bebas, tak bahagia walaupun gelak tak ingat dunia, rasa sedih, semua tu rasa imperfect sangat. Rasa tak puas hati pun ada. Agaknya memang macam tu kot perasaan para SPM macam aku ni.
Oleh itu, setiap kali habis solat, aku mohon ketenangan hati, jiwa, dan perasaan yang sering kali tidak seenak selalu. Alhamdulillah ringan sikit kegusaran serupa itu. Aku harap segala usaha dan kegigihan semasa study dulu ada hasil yang boleh membanggakan mak ayah aku. Yelah selama duduk rumah, lifeless, menyusahkan mak ayah lagi but bukan selalu bukan? Hehe. Kadang-kadang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku yakin setiap hikmah ada bahagianya.
Selama ini, aku sering didatangi mimpi-mimpi yang aneh, dan kerap berlaku di sekolah, agaknya aku rindu kat sekolah kot. Kadang-kadang mimpi itu bersangkut dengan result SPM aku. Hampir-hampir je nak tahu keputusannya, tetiba mak gerak bangun subuh. Ya, sesangat hampanya. Tapi, satu pun aku tak percaya mimpi-mimpi tu. Sebab mimpi itu kan permainan syaitan yang direjam, bukan?
Sesungguhnya esok adalah harinya. Bermacam reaksi dan emosi yang dibawa oleh mereka. The most mesti rasa nervous tahap double triple maximum bukan. Ya, semestinya aku lah salah seorang yang merasai bahang ketakutan seperti itu. Seperti yang diketahui, terdapat ramai budak lepasan SPM mengalami masalah gugup tahap gaban, kencing tak lawas, berak tak laju, tidur tak lena. *itu masalah biasa* maka dengan itu aku juga terkena tempias iaitu masalah gugup dan berdebar-debar tahap maksimum. *muka seakan-akan troll*. Ohk itu agak asdfghjkl.
Tanggal 21 March 2013, aku akan bersiap-siap dengan DOA, TAWAKAL, REDHA, & YAKIN. Dengan izin Mak Ayah, aku melangkah keluar disertai doa-doa yang dibawa bersama-sama. Dengan sedikit kekuatan, aku akan menerima keputusan dengan hati yang Redha. Kepada semua senasib dengan aku, SELAMAT BERJAYA!
Mohon Maaf kepada semua yang terasa hati, perasaan, jiwa dan raga selama ini. Mohon diampunkan serta doakan kejayaan & ketenangan kepada diri yang menaip ini. Juga mohon maaf sebab ayat memang tak boleh blah hari ini. Touching sesangat hingga terlalu baku dan beku. Till then, ASSALAMUALAIKUM WBT =)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA. ALLAH SWT TIDAK PERNAH MEMPERSIA-SIAKAN HAMBANYA YANG BERUSAHA. GAGAL BUKAN SELAMANYA. DENGAN IRINGAN DOATAWAKALYAKIN, DAN USAHA PASTI KEJAYAAN MENUNGGU KITA. SEMOGA KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT BERSAMA KITA. INSYAALLAH, AMIN =) NurWahida Bt Abd Hamid