Trial SPM...


Assalamualaikum wbt…
Bersamaan 9 Syawal, tahun 1433, iaitu 27 Ogos 2012, Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hari Isnin. Oh tidak, #Ralat, saya start exam hari Selasa bukan Isnin. Isnin untuk deme yang hamik subjek tambahan.
Setelah berhari raya selama 9 hari, dan yang ke-sepuluhnya saya akan mengubah masa depan saya, Insha’Allah. Dengan berbekalkan roti nan doa dan sokongan family dan rakan-rakan, saya lebih bersemangat untuk menduduki exam yang hampir membunuhku selama 8 bulan.
Dengan membawa status pelajar Sains Tulen, saya akan membuktikan bahawa saya mampu mencapai Straight A’s! kalau tak 9, 6A pun boleh. Iye idok? Subjek Target A saya, BM, BI, AGAMA, BIO, SEJ, dan MA. Insha’Allah, berkat usaha dan gigih menStudy, saya akan menjadikannya satu realiti. Amin.
Mohon awak semua mendoakan saya supaya dapat menduduki exam nanti dengan perasaan Chillex dan Orait jer, sesiapa yang terasa hati atau jantung selama ini, maafkanlah diri ini yang pernah membuat awak semua tak nak berkongsi keropok jagung perisa BBQ atau Almond London dengan saya.

Oleh itu, kepada sesiapa yang senasib dengan saya,…

SELAMAT  MENJAWAB 

PEPERIKSAAN PERCUBAAN  

SPM!!!

Tak dapat A-, dapat A+ pun takpe, iye idok? ;)
Sincerely, Wida Abdul…