Assalamualaikum, pembuka bicara kepada pembaca yang dikasihi
sekalian… agaknya otak penulis ini dimasuki ayaq kot, owh, lupakan. Maaf, Mood:
Shengal sangat hari ini, al-maklumlah dah lama tidak mengepost entry kan.
Tujuan Beta menaip entry ini adalah semata-mata ingin
mengucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di mana-mana sahaja. Harap
awak semua puasa iye…*cough Erh awak
semua please jangan skip puasa tau, nasihat Beta, awak semua kalau nak skip,
skip lah janji awak semua ganti balik iye, boleh idok. Oppsie! Silverian sudah…
Jangan, jangan, jangan…sesekali mananyakan tema dan baju
rayaku warna apa ye, kerana Beta tidak sudi untuk beraya disebabkan Beta Mangsa
SPM!. Kalau Beta melarikan diri daripada SPM, masa depan Beta akan hancur lebur
bak…apa-apa jelah! *ketandusan peribahasa*oleh itu awak semua tolong jaga tepi,
depan, belakang, atas, bawah kain awak semua sendiri jangan sibuk nak jaga Beta
punya. *ayatnakmakanpenampo*
Akhir sekali, Salam Ramadan lagi sekali dan Beta ingin mengundurkan
diri kerana sudah ketidaklaratan menaip. Harap maklum.