Assalamualaikum wbt…
✖ Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju
sendat. vogue.
✖ Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk
terdedah. gorgeous.
✖ Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras
pinggang. baju lengan pendek. stylo.
✖ Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup
punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOWWW.
****************************************************
✿ Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang kalian nak?
berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama
dikemudiankan?
✿ Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan
sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang?
segenap tubuh diratah mata manusia?
✿ Satu soalan buat hawa, apa tujuan kalian berpakaian
sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu
apa? riak? takbur? bangga?
✿ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung
litup kalian akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan
jadikan kalian seorang yang up-to-date?
✿ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan
akan menjejaskan kecantikan kalian? akan menjadikan kalian hodoh? nampak kecundang
dalam dunia moden?
✿ Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan
sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah
puas?
Baca ni ;
✔ Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup
sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur
hidup.
✔ Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang
menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih
mahal dari dunia dan segala isinya.
✔ Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang
bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan.
apa lagi yang kalian nak?
✔ Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang
tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan...jadi bersederhanalah!~
✔ "Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan
dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar
berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..wallahua'lam..
►♥☆Duhai
Muslimah,tutuplah auratmu..peliharalah maruahmu!!jagalah agamamu..Wanita
dambaan syurga tidak akan sekali2 menjadikan dirinya "MURAH" dimata
dunia kerana dia hanya ingin sentiasa tampak cantik di mata Allah azza
wajalla..syariatnya dipelihara,kerana jannah itu pilihannya..renung2kan,
selamat beramal ! ^^
►♥☆Credit
to: Chenta Iman…