Exam Oh Exam!


Assalamualaikum wbt…

Not long time ago, keputusan peperiksaan AES.PEA.AIM. sudah keluar. Seperti yang diketahui terdapat ramai budak lepasan AES.PEA.AIM. mengalami masalah gugup tahap gaban, kencing tak lawas, berak tak laju, tidur tak lena. *itu masalah biasa* maka dengan itu saya juga terkena tempias iaitu masalah gugup dan berdebar-debar tahap maksimum. *muka seakan-akan troll*

Masa yang dinanti-nantikan kunjung tiba. Budak-budak lepasan AES.PEA.AIM. mulai memenuhi ruang dewan. *ayat baku yang tak boleh blah* waktu: rehat, yakni saya serta rakan-rakan seperjuangan mulai turun ke kantin untuk membeli nugget 3 sehinggit doi. Oleh itu saya terlihat *bukan melihat* wajah-wajah budak lepasan AES.PEA.AIM. agak berseri-seri bak memakai Inershine Ler Tu kan.

Oh sungguh tidak menyangka kan bahawa budak lepasan AES.PEA.AIM. tidak tercalit rasa Gemuruh, Gugup, Gelisah, dan Ghairah ketika mengambil keputusan tersebut. *oh shengal sekejap* padahal daku berasa bagaikan nak ROCKsss jek. *oh hentikan* 2-3 jam kemudian, keputusan tersebut keluar lalu budak-budak lepasan AES.PEA.AIM. mulai menyerbu gurru-gurru yang mengajar mereka selama 5 tahun apa erti merangkak, berjalan, berlari, dan bergossip gitu. *peribahasa barru, jangan salah faham*

Dengan itu maka berakhirlah drama AES.PEA.AIM. episod ke-2011. Dan bermulalah drama AES.PEA.AIM. episod ke-2012. Oh tolonglah jangan mulakan. Saya tertekan oleh kerana gurru-gurru yang memberi kerja sekolah sebanyak 11110000011110000!!! sehari. *okkie tipu, terjun longkang*


Akhir kata, ucapan Wida Hara kepada budak-budak lepasan AES.PEA.AIM. tahniah dan tahniah. Itu sahaja dua, tiga patah dari saya yakni Wida Hara Calon Mangsa AES.PEA.AIM. Tahun 2012. *muntah susu*

Oh yaah, keputusan peperiksaan ujian satu bulan mac urmmm….Alhamdulillah walaupun ada yang terjatuh longkang sedikit dan hampir-hampir jatuh longkang. Harap maklum. Till then, bai. Assalamualaikum.